Monday 26 July 2010

Calon-Calon Imam Muda KeFinal...

"Bismillah hirahman nirahim..."


Salam buat semua penyokong Imam Muda.Inilah wajah dua calon Imam
Muda yang bakal ke final.Debaran semakin terasa,siapakah bakal Imam
Muda untuk musim yang pertama ini???sama-sama kita nantikan
kemuncak Imam Muda yang akan berlansung di Dewan Muktamar,Kuala
Lumpur.Akan disiarkan juga secara langsung di siaran Astro Oasis 106 dan
siaran @15 109 pada hari Jumaat,30/Julai/2010,jam 9.00 mlm.Sama-sama
kita saksikan....




Kami kongsikan sedikit sebanyak tentang dua calon Imam Muda yang terpilih ini...

Imam Muda Hizbur atau nama sebenarnya Hizbur Rahman Umar Zuhdi.Beliau
Beliau berasal dari Baling,Kedah dan dilahirkan pada 1/April/1983.Berusia 27 tahun
dan merupakan seorang Guru Tahfiz yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah,
Universiti Al Azhar,Mesir.Beliau juga sudah berumahtangga,namun belum memiliki
cahaya mata.IM Hizbur mempunyai 8 orang adik beradik dan merupakan anak ke7.
Seorang yang serius,tapi mudah diajak berbincang ini juga menyukai sukan bola sepak
dan suka bermain ping pong.Amat menyukai warna biru dan merah dan menyukai lagu
-lagu balada.


Seorang lagi calon IM kita,Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali
sebagai Imam Muda Asyraf.Seorang yang lemah lembut,peramah,suka senyum
dan juga pandai berlawak.Imam Muda Asyraf merupakan anak ke2
dari 5 adik beradik.Berasal dari Sungai Gelugor,Pulau Pinang dan dilahirkan pada
12/Febuari/1984.Selain memikul tanggungjawab sebagai seorang Imam dan Suami,
beliau juga memiliki hobi tersendiri seperti melancong,membaca buku dan menulis blog.
Beliau juga menyukai warna alam/melambangkan Islam,iaitu Hijau dan juga meminati
sukan Futsal dan badminton.Dan sukan-sukan itu juga menjadi kegemaranya dimasa
lapang.


Akhir kata,teruskan menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua
Calon-calon Imam Muda.Satu Perjalanan Dalam Kehidupan..Jangan lupa saksikan
kemuncak Imam Muda,pada hari Jumaat,jam 9.00 malam hanya disaluran Astro
Oasis,106 dan @15,109...Bersama Memecah tradisi.mengangkat rancangan ilmiah
dan penuh dengan ilmu berguna ini menjadi sebuah rancangan realiti no 1 dimalaysia.
Semoga kita bersama mendapat manfaat dan ilmu berguna.Imam Muda,bukan hanya
menjadi Ikon kepada remaja,sekaligus menjadi Imam/Ulama' yang berjaya dan
disanjungi semua lapisan masyarakat tidak kira dimana saja.

"IMAM MUDA,RANCANGAN ILMIAH,MENJANA KEGEMILANGAN UMMAH"

3 comments:

  1. -Salam-
    semoge kedus2 imam muda nie dapat wat yg t'baik utk masyarakat!!...
    Go!go!imam muda Asyraf & Hizbur...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam afa baek..insyAllah,sme2 kte doakan mereka..:)

    ReplyDelete