Wednesday 28 July 2010

Imam Muda



Bismillah Hirahman Nirahim...Salam buat semua penyokong Imam Muda.Munkin ramai lagi
diantara kita yang masih tidak mengetahui rancangan Imam Muda munkin jua ada yang
tersalah tafsir akan rancangan ini.Imam Muda,sebuah rancangan realiti ilmiah yang mendapat liputan meluas keserata asia.Rancangan yang berkonsep islamic.Rancangan ini juga memaparkan tetang pembelajaran ilmu agama dan segala yang berkaitan dengan Islam.
Mencari Imam Muda pelapis,untuk menjadi ikon kepada remaja dan masyarakat diluar.

Namun,ada sebilangan masyarakat kita,menganggap rancangan ini hanya untuk melahirkan seorang Imam selebriti,yang dikaitkan dengan populariti.Hakikatnya,rancangan Imam Muda ini bukan melahirkan seorang Imam slebriti,malah seorang Imam,pemimpin kepada masyarakat bukan kerana ppopulariti semata.Ilmu agama yang diajar dan dipelajari dari mereka yang berpengalaman luas dan bergelar ulama',amat dititik beratkan kepada calon-calon Imam Muda yang terpilih.Tidaklah mereka akan dilahirkan sebagai Imam selebriti semata,bahkan mereka bakal menjadi Imam berkaliber dan disegani dimasa mendatang.

Selain itu,Imam Muda juga diterbitkan untuk menarik minat remaja diluar sana untuk menjadikan rancangan ini sebuah rancangan yang membimbing dan memotivasi diri mereka agar tidak leka akan urusan duniawi semata.Alhmdulillah,Imam Muda mula menjadi tarikan remaja dan masyarakat tidak mengira usia mahupun darjat.Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari rancangan Ilmiah ini.Dan tidak ada pandangan atau pendapat yang kurang menyenangkan dari sesetengah pihak terhadap rancangan ini.

Maasalamah....

No comments:

Post a Comment