Wednesday, 28 July 2010
~Syurga Buat Adam dan Hawa~
'Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan firman Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia di dunia,mengenai ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada semua orang beriman,lelaki dan wanita. Allah berfirman:"Barangsiapa berbuat kebaikan,lelaki mahupun wanita,dalam keadaan ia beriman,nescaya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik,dan kepada mereka akan kami berikan ganjaran pahala yang lebih baik daripada apa mereka perbuat".Surah An-Nahl:ayat 97."Dan barangsiapa berbuat kebajikan,baik lelaki mahupun wanita,dalam keadaan ia beriman,mereka akan memasuki syurga dan didalamnya,mereka dikurnia rezeki tanpa hisab(tanpa hitungan)".Surah Al-Mukmin:ayat 40."Pahala yang dijanjikan Allah,bukanlah sebagaimana yang kamu angan-angankan atau sebagaimana yang diangan-angankan oleh kaum ahlul-kitab.Barangsiapa berbuat kejahatan,nescaya ia akan dibalas dengan kejahatan dan tidak ada baginya pelindung atau penolong selain Allah".Surah An-Nisa:ayat 123."Dan barangsiapa berbuat kebajikan,baik lelaki mahupun wanita,jika ia beriman,mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak teraniaya sedikitpun".Surah An-Nisa:ayat 124."maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka:'sesungguhnya bahawa Aku tidak mensia-siakan amal perbuatan seseorang di antara kamu,lelaki mahupun wanita kerana sebahagian dari kamu adalah sebahagian dari yang lain'(yakni:baik lelaki mahupun wanita sama-sama berasal dari lelaki dan wanita juga.(kedua-duanya sama-sama manusia)".Surah Ali-Imran:ayat 195."Sesungguhnya,semua muslimin dan muslimat,semua mu'minin dan mu'minat,semua lelaki dan wanita jujur dan benar(tidak berdusta),semua lelaki dan wanita yang sabar,semua llelaki dan wanita yang tunduk dan khusyu',semua lelaki dan wanita yang bersedekah(penyantun),semua lelaki dan wanita yang (tekun)berpuasa,semua lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan dan kesucian dirinya,dan semua lelaki dan wanita yang sentiasa ingat dan banyak menyebut nama (Allah) ; bagi mereka semua,Allah telah menyediakan keampunan dan pahala sebesar-besarnya".Surah Al-Ahzab:ayat 35."Allah menjanjikan bagi semua orang beriman,lelaki dan wanita,syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal didalamnya dan mendapat tempat-tempat yang baik disyurga,dan mereka memperoleh keredhaan Allah yang lebih besar,dan itulah keuntungan yang sebesar-besarnya".Surah At-Taubah:ayat 72.SESUNGGUHNYA KURNIA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK KURNIA YANG MENJANJIKAN SYURGA BUAT HAMBA-NYA YANG BERIMAN...[Image]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment