Saturday 24 July 2010

mudir & mursyid

"Assalamualaikum...untuk post yang pertama,memperkenalkan 10 calon Imam Muda dan untuk post kedua nih,memperkenalkan Mudir dan Mursyid(pengetua dan mentor) yang akan membimbing dan mendidik 10 calon Imam Muda...

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz yang merupakan Mudir(pengetua) untuk Imam Muda musim pertama ini...Beliau merupakan seorang Tokoh ulama' terkenal dimalaysia.Mudir Ustaz Hassan AL-Hafiz akan menjadi penasihat dan bertugas sebagai pemberi tugasan kepada 10 calon Imam Muda pada setiap minggu.Selain dari itu,beliau juga akan mengumumkan siapakah calon Imam Muda yang akan tersingkir pada malam penentuan yang disiarkan setiap hari Jumaat,jam 9.00 mlm...





Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus,merupakan Mursyid(mentor) yang akan membimbing dan mengkaji setiap tugasan yang diberikan kepada calon-calon Imam Muda dan akan dibantu oleh seorang lagi rakannya.Beliau merupakan salah seorang dari pendakwah bebas yang dikenali ramai dan juga bekas ahli jawatankuasa World Islamic League dikota suci makkah.Ilmu dan pengalaman beliau yang tinggi menjadikan beliau diberi kelayakan untuk menjadi Mursyid(mentor)kepada calon-calon Imam Muda musim pertama ini.

Ustaz Shahrizan Daud At Turabi,seorang lagi Mursyid(mentor) kepada calon-calon Imam Muda.Tugasan yang sama diberikan kepada beliau seperti Mursyid kita yang pertama tadi,Ustaz Syed Norhisyam.mereka akan berganding bahu untuk membimbing dan menjadi mentor terbaik untuk calon-calon Imam Muda.Beliau merupakan Ketua Imam Masjid Taman Setiawangsa ini,memiliki ilmu yang cukup mendalam sebagai seorang Imam dan menjadikan beliau terpilih untuk menjadi mentor musim pertama rancangan ini.

Selain berdakwah,beliau ini juga aktif dalam bidang pengacaraan.Kalam Suci yang juga rancangan terbitan Astro Oasis menampilkan beliau sebagai pengacara bersama Dato' Sharifah Khasif,yang merupakan Johan Qariah Peringkat Antarabangsa mewakili malaysia, menjadikan rancangan tersebut mendapat perhatian ramai penonton rancangan Ilmiah.Tuan Haji Izelan Basar,ditugaskan untuk mengacara rancangan Imam Muda musim pertama menjadikan rancangan terbaru diAstro Oasis ini lebih menyerlah.Pengurus saluran Astro Oasis ini,yang juga merupakan pencetus idea baru untuk menerbitkan rancangan Imam Muda ini,sememangnya dikenali ramai dan tidak asing lagi dikalangan Pendakwah Islamiah.

"Mereka inilah yang menjadi tonggak utama rancangan Ilmiah,yang mencari Imam pelapis ,pertama dimalaysia.Bersama kita mendokong rancangan ilmiah yang bermanfaat untuk semua masyarakat diluar sana.Rancangan ini,yang memberi 1001 ilmu bermanfaat kepada masyarakat ini juga berperanan untuk menarik minat remaja-remaja diluar sana memberi sokongan padu dan menjadi remaja yang berguna kepada masyarakat dimasa akan datang...Sama-sama kita mendoakan semoga rancangan ini akan terus diadakan setiap tahun,untuk membentuk Imam Muda generasi akan datang,insyAllah...

1 comment:

  1. http://melayukini.net/2012/08/fakta-sebenar-disebalik-tercetusnya-program-imam-muda-dan-ustazah-pilihan/

    Camna nie?

    ReplyDelete