Saturday, 31 July 2010







"Bismillah hirahman nirahim....Alhamdulillah,Imam Muda sudah melabuhkan tirainya.Dan Imam Muda Unggul,sudahpun diketahui.Tahniah buat IM Asyraf.Tahniah jugak buat IM Hizbur.Kedua-duanya sama hebat.Persembahan hebat dari kedua-dua finalis,memang memberansangkan..memukau para penonton,sama ada yang berada didewan,mahupun dirumah,semua merasa bahang debarannya.Tahniah sekali lagi buat IM Asyraf dan IM Hizbur.Semoga menjadi Imam ikon yang terbaik dan disegani olleh semua lapisan masyarakat.insyAllah...





"Tahniah juga buat 8 calon Imam Muda kerana telah mendapat tawaran belajar di Universiti Madinah.Sememangnya kalian semua adalah pemenang.InsyAllah,semoga Imam Muda akan berterusan dan semoga bersua lagi diminggu hadapan.Teruskan menyokong rancangan Imam Muda,Satu Perjalan Dalam Sebuah Kehidupan bagi Mencari Imam Muda Unggul.
Maasalamah...

Wednesday, 28 July 2010

~Syurga Buat Adam dan Hawa~


'Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan firman Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia di dunia,mengenai ganjaran pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada semua orang beriman,lelaki dan wanita. Allah berfirman:"Barangsiapa berbuat kebaikan,lelaki mahupun wanita,dalam keadaan ia beriman,nescaya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik,dan kepada mereka akan kami berikan ganjaran pahala yang lebih baik daripada apa mereka perbuat".Surah An-Nahl:ayat 97."Dan barangsiapa berbuat kebajikan,baik lelaki mahupun wanita,dalam keadaan ia beriman,mereka akan memasuki syurga dan didalamnya,mereka dikurnia rezeki tanpa hisab(tanpa hitungan)".Surah Al-Mukmin:ayat 40."Pahala yang dijanjikan Allah,bukanlah sebagaimana yang kamu angan-angankan atau sebagaimana yang diangan-angankan oleh kaum ahlul-kitab.Barangsiapa berbuat kejahatan,nescaya ia akan dibalas dengan kejahatan dan tidak ada baginya pelindung atau penolong selain Allah".Surah An-Nisa:ayat 123."Dan barangsiapa berbuat kebajikan,baik lelaki mahupun wanita,jika ia beriman,mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak teraniaya sedikitpun".Surah An-Nisa:ayat 124."maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka:'sesungguhnya bahawa Aku tidak mensia-siakan amal perbuatan seseorang di antara kamu,lelaki mahupun wanita kerana sebahagian dari kamu adalah sebahagian dari yang lain'(yakni:baik lelaki mahupun wanita sama-sama berasal dari lelaki dan wanita juga.(kedua-duanya sama-sama manusia)".Surah Ali-Imran:ayat 195."Sesungguhnya,semua muslimin dan muslimat,semua mu'minin dan mu'minat,semua lelaki dan wanita jujur dan benar(tidak berdusta),semua lelaki dan wanita yang sabar,semua llelaki dan wanita yang tunduk dan khusyu',semua lelaki dan wanita yang bersedekah(penyantun),semua lelaki dan wanita yang (tekun)berpuasa,semua lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan dan kesucian dirinya,dan semua lelaki dan wanita yang sentiasa ingat dan banyak menyebut nama (Allah) ; bagi mereka semua,Allah telah menyediakan keampunan dan pahala sebesar-besarnya".Surah Al-Ahzab:ayat 35."Allah menjanjikan bagi semua orang beriman,lelaki dan wanita,syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal didalamnya dan mendapat tempat-tempat yang baik disyurga,dan mereka memperoleh keredhaan Allah yang lebih besar,dan itulah keuntungan yang sebesar-besarnya".Surah At-Taubah:ayat 72.SESUNGGUHNYA KURNIA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK KURNIA YANG MENJANJIKAN SYURGA BUAT HAMBA-NYA YANG BERIMAN...[Image]

"Kelebihan Puasa Syabaan dan Malam Nisfu Syabaan~

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. (Foto di atas adalah hasil kerja anak-anak saya yang sedang belajar Adobe Photoshop).Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie)Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.b'slmnDari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.copied from > blog Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Imam Muda



Bismillah Hirahman Nirahim...Salam buat semua penyokong Imam Muda.Munkin ramai lagi
diantara kita yang masih tidak mengetahui rancangan Imam Muda munkin jua ada yang
tersalah tafsir akan rancangan ini.Imam Muda,sebuah rancangan realiti ilmiah yang mendapat liputan meluas keserata asia.Rancangan yang berkonsep islamic.Rancangan ini juga memaparkan tetang pembelajaran ilmu agama dan segala yang berkaitan dengan Islam.
Mencari Imam Muda pelapis,untuk menjadi ikon kepada remaja dan masyarakat diluar.

Namun,ada sebilangan masyarakat kita,menganggap rancangan ini hanya untuk melahirkan seorang Imam selebriti,yang dikaitkan dengan populariti.Hakikatnya,rancangan Imam Muda ini bukan melahirkan seorang Imam slebriti,malah seorang Imam,pemimpin kepada masyarakat bukan kerana ppopulariti semata.Ilmu agama yang diajar dan dipelajari dari mereka yang berpengalaman luas dan bergelar ulama',amat dititik beratkan kepada calon-calon Imam Muda yang terpilih.Tidaklah mereka akan dilahirkan sebagai Imam selebriti semata,bahkan mereka bakal menjadi Imam berkaliber dan disegani dimasa mendatang.

Selain itu,Imam Muda juga diterbitkan untuk menarik minat remaja diluar sana untuk menjadikan rancangan ini sebuah rancangan yang membimbing dan memotivasi diri mereka agar tidak leka akan urusan duniawi semata.Alhmdulillah,Imam Muda mula menjadi tarikan remaja dan masyarakat tidak mengira usia mahupun darjat.Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari rancangan Ilmiah ini.Dan tidak ada pandangan atau pendapat yang kurang menyenangkan dari sesetengah pihak terhadap rancangan ini.

Maasalamah....

Monday, 26 July 2010

Calon-Calon Imam Muda KeFinal...

"Bismillah hirahman nirahim..."


Salam buat semua penyokong Imam Muda.Inilah wajah dua calon Imam
Muda yang bakal ke final.Debaran semakin terasa,siapakah bakal Imam
Muda untuk musim yang pertama ini???sama-sama kita nantikan
kemuncak Imam Muda yang akan berlansung di Dewan Muktamar,Kuala
Lumpur.Akan disiarkan juga secara langsung di siaran Astro Oasis 106 dan
siaran @15 109 pada hari Jumaat,30/Julai/2010,jam 9.00 mlm.Sama-sama
kita saksikan....




Kami kongsikan sedikit sebanyak tentang dua calon Imam Muda yang terpilih ini...

Imam Muda Hizbur atau nama sebenarnya Hizbur Rahman Umar Zuhdi.Beliau
Beliau berasal dari Baling,Kedah dan dilahirkan pada 1/April/1983.Berusia 27 tahun
dan merupakan seorang Guru Tahfiz yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah,
Universiti Al Azhar,Mesir.Beliau juga sudah berumahtangga,namun belum memiliki
cahaya mata.IM Hizbur mempunyai 8 orang adik beradik dan merupakan anak ke7.
Seorang yang serius,tapi mudah diajak berbincang ini juga menyukai sukan bola sepak
dan suka bermain ping pong.Amat menyukai warna biru dan merah dan menyukai lagu
-lagu balada.


Seorang lagi calon IM kita,Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali
sebagai Imam Muda Asyraf.Seorang yang lemah lembut,peramah,suka senyum
dan juga pandai berlawak.Imam Muda Asyraf merupakan anak ke2
dari 5 adik beradik.Berasal dari Sungai Gelugor,Pulau Pinang dan dilahirkan pada
12/Febuari/1984.Selain memikul tanggungjawab sebagai seorang Imam dan Suami,
beliau juga memiliki hobi tersendiri seperti melancong,membaca buku dan menulis blog.
Beliau juga menyukai warna alam/melambangkan Islam,iaitu Hijau dan juga meminati
sukan Futsal dan badminton.Dan sukan-sukan itu juga menjadi kegemaranya dimasa
lapang.


Akhir kata,teruskan menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua
Calon-calon Imam Muda.Satu Perjalanan Dalam Kehidupan..Jangan lupa saksikan
kemuncak Imam Muda,pada hari Jumaat,jam 9.00 malam hanya disaluran Astro
Oasis,106 dan @15,109...Bersama Memecah tradisi.mengangkat rancangan ilmiah
dan penuh dengan ilmu berguna ini menjadi sebuah rancangan realiti no 1 dimalaysia.
Semoga kita bersama mendapat manfaat dan ilmu berguna.Imam Muda,bukan hanya
menjadi Ikon kepada remaja,sekaligus menjadi Imam/Ulama' yang berjaya dan
disanjungi semua lapisan masyarakat tidak kira dimana saja.

"IMAM MUDA,RANCANGAN ILMIAH,MENJANA KEGEMILANGAN UMMAH"

Saturday, 24 July 2010

mudir & mursyid

"Assalamualaikum...untuk post yang pertama,memperkenalkan 10 calon Imam Muda dan untuk post kedua nih,memperkenalkan Mudir dan Mursyid(pengetua dan mentor) yang akan membimbing dan mendidik 10 calon Imam Muda...

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz yang merupakan Mudir(pengetua) untuk Imam Muda musim pertama ini...Beliau merupakan seorang Tokoh ulama' terkenal dimalaysia.Mudir Ustaz Hassan AL-Hafiz akan menjadi penasihat dan bertugas sebagai pemberi tugasan kepada 10 calon Imam Muda pada setiap minggu.Selain dari itu,beliau juga akan mengumumkan siapakah calon Imam Muda yang akan tersingkir pada malam penentuan yang disiarkan setiap hari Jumaat,jam 9.00 mlm...





Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus,merupakan Mursyid(mentor) yang akan membimbing dan mengkaji setiap tugasan yang diberikan kepada calon-calon Imam Muda dan akan dibantu oleh seorang lagi rakannya.Beliau merupakan salah seorang dari pendakwah bebas yang dikenali ramai dan juga bekas ahli jawatankuasa World Islamic League dikota suci makkah.Ilmu dan pengalaman beliau yang tinggi menjadikan beliau diberi kelayakan untuk menjadi Mursyid(mentor)kepada calon-calon Imam Muda musim pertama ini.

Ustaz Shahrizan Daud At Turabi,seorang lagi Mursyid(mentor) kepada calon-calon Imam Muda.Tugasan yang sama diberikan kepada beliau seperti Mursyid kita yang pertama tadi,Ustaz Syed Norhisyam.mereka akan berganding bahu untuk membimbing dan menjadi mentor terbaik untuk calon-calon Imam Muda.Beliau merupakan Ketua Imam Masjid Taman Setiawangsa ini,memiliki ilmu yang cukup mendalam sebagai seorang Imam dan menjadikan beliau terpilih untuk menjadi mentor musim pertama rancangan ini.

Selain berdakwah,beliau ini juga aktif dalam bidang pengacaraan.Kalam Suci yang juga rancangan terbitan Astro Oasis menampilkan beliau sebagai pengacara bersama Dato' Sharifah Khasif,yang merupakan Johan Qariah Peringkat Antarabangsa mewakili malaysia, menjadikan rancangan tersebut mendapat perhatian ramai penonton rancangan Ilmiah.Tuan Haji Izelan Basar,ditugaskan untuk mengacara rancangan Imam Muda musim pertama menjadikan rancangan terbaru diAstro Oasis ini lebih menyerlah.Pengurus saluran Astro Oasis ini,yang juga merupakan pencetus idea baru untuk menerbitkan rancangan Imam Muda ini,sememangnya dikenali ramai dan tidak asing lagi dikalangan Pendakwah Islamiah.

"Mereka inilah yang menjadi tonggak utama rancangan Ilmiah,yang mencari Imam pelapis ,pertama dimalaysia.Bersama kita mendokong rancangan ilmiah yang bermanfaat untuk semua masyarakat diluar sana.Rancangan ini,yang memberi 1001 ilmu bermanfaat kepada masyarakat ini juga berperanan untuk menarik minat remaja-remaja diluar sana memberi sokongan padu dan menjadi remaja yang berguna kepada masyarakat dimasa akan datang...Sama-sama kita mendoakan semoga rancangan ini akan terus diadakan setiap tahun,untuk membentuk Imam Muda generasi akan datang,insyAllah...

Friday, 23 July 2010

calon-calon Imam Muda

Assalamualaikum dan salam ukhwah fillah buat semua...
Blog Imam Muda ini kami cipta untuk memperkenalkan rancangan Imam Muda dan kesepuluh calon-calon Imam Muda.Imam Muda merupakan programe terbaru anjuran Jabatan Agama Islam,Wilayan Persekutuan(JAWI),untuk mencari Imam pelapis yang serba boleh untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan disegani bagi menarik ramai golongan remaja untuk membentuk diri menjadi ummah berwawasan.Rancangan ini juga menjadi perhatian pihak media dan mendapat liputan menyeluruh bukan saja dimalaysia,bahkan diseluruh dunia.Dengan kerjasama Astro Oasis,inspirasi sanubari(siaran 106) yang mula disiarkan pada 26.may.2010(Kapsul:isnin-khamis-6.55ptg) dan 28.may.2010(Imam Muda:jumaat-9.00mlm).Bercerita tentang Kapsul Imam Muda,ia memaparkan aktiviti-aktiviti mingguan yang dilakukan oleh calon-calon Imam Muda.Selain dari itu,ia juga memaparkan sesi tugasan dan pembelajaran yang telah diatur untuk mereka.untuk Imam Muda pula,disiarkan setiap hari jumaat,jam 9.00 mlm.penentuan prestasi calon-calon Imam Muda selapas melalua ujian bedasarkan tema yang diberi dan praktikal yang ditetapkan pada mereka.malam yang penuh debaran,dimana Mudir akan mengumumkan siapa yang bakal mengakhiri perjalanan mereka dalam Imam Muda...Dan memperkenalkan kesepuluh calon Imam Muda musim pertama~~~~~~~~~~~~~

Sharafuddin Bin Suaut(IM Abe Syara)-sarawak...

Amiril Bin Mohd Banin(IM Miril)-kuala lumpur...

Ahmad Syakir Bin Zamri(IM Syakir)-kelantan...

Nik Muhammad Adib Bin Nik Mohd Amin(IM Adib)-kelantan...

Muhammad Khairul Azhar Bin Ghazali(IM Azhar)-kedah... Nuri Ali Arbain(IM Nuri)-pahang...

Mohd Taufik Bin Mohd Noh(IM Taufik)-johor...

Ahmad Hazran Bin Ahmad Kamal(IM Aran)-negeri sembilan...

Hizbur Rahman Bin Omar Zuhdi(IM Hizbur)-kedah...

Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan(IM Asyraf)-pulau pinang...

Inilah calon-calon Imam Muda untuk musim pertama...bersama menyokong rancangan bermatlamat,untuk umat sejagat...rancangan ilmiyah yang memberi 1oo1 ilmu berguna untuk masyarakat luar...:)

ma'assalamah..